Mesej Ketua Pusat Transformasi Insan (PTi)

Logo JPenPTi 2017 Web01

Mohammad Abdullah Web

 

Mohammad Abdullah

Timbalan Pendaftar Kanan

 Pusat Transformasi Insan (PTi)


    Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Transformasi Insan (PTi), Universiti Sains Malaysia. Saya amat syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan rahmatnya maka portal Pusat Sejahtera, USM telah dapat dilancarkan dengan jayanya. Adalah diharapkan semoga portal ini dapat memberi faedah kepada seluruh warga kampus USM dan masyarakat.

    Universiti bersungguh-sungguh untuk menjayakan program memperkasa konsep kesejahteraan dalam memupuk dan membangunkan secara berterusan roh universiti dan warganya sebagai sumber untuk pengukuhan komitmen warganya terhadap kecemerlangan dalam budaya kerja. Hasrat ini akan diterjemahkan oleh Pusat Transformasi Insan dengan memupuk dan memperkasakan jiwa, hati dan nurani melalui pelbagai program latihan yang berteraskan kepada membudayakan warga penyayang, budaya integriti, memperkukuh kesejahteraan mental dan nilai-nilai murni

    Pusat Transformasi Insan juga memainkan peranan sebagai sebuah agen perubahan yang beroperasi melalui intervensi latihan dan pembangunan kapasiti warga staf Universiti melalui program-program transformasi serta program pemupukan minda dan jiwa.  Selain dari itu, pusat ini juga menawarkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada kakitangan Universiti melangkaui semua peringkat menerusi MyCPD.

    Akhir sekali, saya mengucapkan selamat melayari laman web PTi dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau penambahbaikan dari pengunjung laman web ini dalam usaha mengaspirasikan hasrat Universiti untuk memupuk minda dan jiwa.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam