Sejarah Penubuhan

   USM mendapati bahawa usaha mentransformasi universiti untuk agenda APEXnya memerlukan satu badan yang bertindak sebagai “Change Management Team”.  Sehubungan dengan ini, bagi memastikan kelangsungan usaha ini,  Naib Canselor telah mencadangkan penubuhan satu pusat baru yang dikenali sebagai Pejabat Transformasi USM. Harapannya ia bukan sahaja bagi tujuan pencapaian agenda APEX, tetapi juga untuk menangani cabaran mendatang. Naib Canselor telah mengumumkan hasrat beliau untuk menubuhkan Pejabat Transformasi USM ini pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) ke 19 Bil.16/2011 pada 14 Disember  2011.

     Melalui Ucapan Tahunan Naib Canselor : BUKU 2014, Naib Canselor telah menggariskan satu elemen penting dalam usaha mencapai kecemerlangan universiti  dalam era APEX Fasa-2 ini iaitu  “Memupuk Minda dan Jiwa”.  Pemupukan jiwa ini menjadi satu agenda penting untuk melonjakkan kecemerlangan seterusnya. Seseorang individu itu cenderung untuk didorong mencapai kecemerlangan tetapi kesejahteraan individu dan umum akan membantu mencapai matlamat tersebut. Imam Al Ghazali mengemukakan beberapa analogi hubungan antara 'hati-akal-anggota fizikal'(jiwa minda-fizikal) yang berguna untuk semua. Umumnya  impak jiwa yang bersih terhadap kehidupan yang menjadi adalah titik permulaan yang benar dan berkesan untuk dalam kehidupan melalui pendekatan secara holistik. Inilah titik permulaan kejayaan sesebuah organisasi.

     Dengan mengambilkira hasrat Universiti itu, maka Pejabat Transformasi telah distruktur semula dengan digabungkan bersama Bahagian Latihan, PiPPA (dahulu dikenali sebagai Unit Latihan). Penstrukturan semula ini berkuatkuasa pada 1 April 2014 pada suatu majlis yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Omar Osman, Naib Canselor, USM.  Penstrukturan ini menggabungkan aspek sumber manusia, ruang pejabat, aset, peruntukan kewangan sedia ada.  Skop kerja hakiki di Bahagian Latihan, PiPPA Kampus Induk dan Bahagian Latihan, PiPPA Kampus Kesihatan serta skop kerja hakiki Pejabat Transformasi disatukan di bawah satu organisasi.

     Lanjutan dari itu, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) melalui mesyuaratnya pada 30 April 2014 telah meluluskan penstrukturan semula pusat ini dengan nama “PUSAT TRANSFORMASI INSAN”. 

 

sejarah penubuhan