APEX Leadership Program

 

ALP

 

APEX Leadership Program

 1.0 PENDAHULUAN

Suatu hakikat dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang mengetuai organisasi dan mempunyai struktur kepimpinan yang jelas serta mampu mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi menggerakkan organisasi ke arah mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam usaha Mentransformasikan Pengajian Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu kekuatan yang perlu ditingkatkan dengan berbagai pendedahan baru mengikut keperluan semasa. Pembangunan pemimpin dan kepimpinan akan membentuk pemimpin yang lebih bersedia menghadapi suasana dan permintaan semasa dan cabaran-cabaran baru serta mampu melihat masa hadapan organisasi.                                                                                                                         

Berasaskan Projek APEX 2014 di bawah Tonggak 2: Talent, Leadership & Nation Builder, Perkara 2.6: APEX Leadership , pihak Universiti telah meminta agar Pusat Transformasi Insan merangka satu program pembangunan sumber manusia yang diberi jenama “Program Kepimpinan APEX USM” (APEX Leadership Programme- ALP).

 

2.0 RASIONALITI

 

Proses transformasi di USM berlaku berpandukan kepada hasrat untuk mencapai matlamat dan halatuju USM khususnya melalui misi dan visi USM. Penggerak kepada seluruh proses transformasi USM bergantung kepada kekuatan PEMIMPIN dan KEPIMPINAN. Oleh itu, ALP merupakan suatu usaha murni membina kekuatan barisan kepimpinan USM APEX dalam usaha mentransformasikan pengajian tinggi untuk kelestarian hari esok.

ALP adalah hasil daripada Makmal Pembangunan Bakat USM anjuran PiPPA pada September 2013, khususnya kajiselidik di kalangan Ketua Jabatan USM pada awal 2014. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat 6 elemen kompetensi yang perlu diberikan fokus dalam membina EKOSISTEM KEPIMPINAN USM APEX ke arah Mentransformasikan Pengajian Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok. 6 elemen kompetensi teras tersebut ialah:

 

 a) Kepimpinan

 

 b) Tadbir urus

 

c) Inovasi & Kreativiti

 

d) Integriti & Akauntabiliti

 

e) Kewangan

 

f) Audit

 

Program Kepimpinan APEX adalah suatu platform latihan kepimpinan yang bertujuan untuk membina ekosistem kepimpinan berasaskan elemen berikut;

  1. Berkeperibadian
  2. Berpengetahuan beraras tinggi
  3. Berkemahiran memimpin
  4. Memberikan dorongan atau ransangan kepada sumber manusia
  5. Menggerakkan organisasi
  6. Mampu merealisasikan kecemerlangan
  7. Memimpin organisasi bersaing dan mendahului organisasi lain
  8. Berkemahiran melihat permintaan dan cabaran masa depan

 

3.0 MATLAMAT

  1. Membina daya KEPIMPINAN yang tinggi dan memperkasa   TADBIRURUS melalui pengkayaan ilmu, kemahiran dan kompetensi;
  2. Membentuk penghayatan dan kesedaran terhadap kepentingan nilai murni, mendokong amanah, serta bertanggungjawab terhadap tugas;
  3. Menerapkan semangat kebersamaan serta pengorbanan dan kemampuan menterjemahmisi dan visi USM selari dengan slogan USM Kami Memimpin,     Saya Sayang USM dan USM Menara Ilmu Tercinta serta menjayakan agendaMentransformasikan Pengajian Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok.