Program Transformasi Minda

Program Transformasi Minda

1.0 PENGENALAN

Proses transformasi minda perlu bagi membangunkan modal insan secara holistik, merangkumi keupayaan sahsiah dan intelektual yang mesti dimiliki oleh pegawai awam bagi memandu pemikiran dan perlakuan dalam rutin harian. PTM diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam.

Mulai 1 Januari 2013, semua perbekalan dalam skim perkhidmatan awam mengenai keperluan hadir dengan jaya Kursus Induksi sebagai syarat pengesahan dalam perkhidmatan adalah dipinda dan digantikan dengan Program Transformasi Minda iaitu mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012.

2.0 OBJEKTIF PTM

(a) memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam;

(b) memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;

(c) menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan

(d) menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.

3.0 SYARAT MENGIKUTI PTM

Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:


(a) pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan


(b) pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum.

4.0 MODUL PTM

Kerangka Kurikulum PTM ini terbahagi kepada tiga (3) segmen utama, iaitu:


(a) Segmen I : Negara dan Perkhidmatan Awam;
(b) Segmen II : Tanggungjawab dan Peranan Pegawai; dan
(c) Segmen III : Budaya Kerja Kelas Pertama.

5.0 PELAKLSANAAN PTM DI USM

Semua staf tetap yang baru melapor diri akan dijemput oleh pihak Pusat Transformasi Insan bagi mengikuti PTM dalam tempoh tahun pertama bertugas. Program ini akan diadakan mengikut kampus dalam tempoh 5 hari bekerja dan calon perlulah hadir dengan jayanya dan lulus Ujian Peni